Pada 3 Februari 1978 , akhbar Utusan Malaysia melaporkan kawalan ketat telah dilaksanakan di seluruh kawasan dan bangunan Wad Bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur berikutan cubaan tiga orang lelaki merampas seorang bayi luar nikah milik seorang wanita India tengah hari semalam.
Wad tersebut gempar apabila tiga lelaki India yang masing-masing mendakwa suami wanita itu bertengkar sesama mereka dan cuba melarikan bayi perempuan yang baru berusia seminggu itu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 3 Februari 1972 – MARA akan membuka kedai-kedai untuk menjual produk-produk keluarannya dan bumiputera di enam buah bandar besar di Eropah dan Amerika Syarikat.
- 3 Februari 1973 – Syarikat Kilang Padi Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu akan ditukarkan menjadi Syarikat Kerjasama Serbaguna.
- 3 Februari 1975 – Seramai 20,114 orang daripada pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia telah memeluk agama Islam menerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sejak ia ditubuhkan pada tahun 1960.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]