Pada 27 Februari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita, Madam Siew tidak dapat mengawal perasaan apabila mendapati anak yang dilahirkannya enam hari lalu hilang di Hospital Bersalin Kuala Lumpur setelah dilarikan oleh orang yang tidak dikenali.
Kejadian tersebut berlaku apabila Madam Siew diperdaya oleh seorang wanita tidak dikenali yang mengatakan suaminya, Choo Peng cedera parah akibat kemalangan jalan raya lalu bergegas ke sebuah hospital lain untuk melihat keadaan suaminya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 27 Februari 1971 – Pihak Universiti Malaya telah melantik sekumpulan pakar muzik dan seni halus untuk membuat kajian dalam usaha untuk menubuhkan sebuah Orkestra Ghazal tidak lama lagi.
- 27 Februari 1974 – Kumpulan muzik yang terdiri daripada empat orang anak muda iaitu ‘September 5‘ dari Kuantan telah berjaya menyandang gelaran ‘Bintang RTM 1973/1974’.
- 27 Februari 1975 – Syarikat Penerbangan Thai International dan MAS akan mengadakan kerjasama pengendalian penumpang bagi perjalanan antara Kuala Lumpur, Bangkok dan Pulau Pinang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]