Pada 24 Februari 1982, Utusan Malaysia melaporkan Alleycats sudah menjadi kumpulan muzik yang sangat diminati ramai menerusi lagu ‘Andainya Aku Pergi Dulu’ dan ‘Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi‘.
Syarikat piring hitam Polygram yang mengedarkan album tersebut terperanjat dengan sambutan yang diberikan. Pada hari pertama pelancarannya, jualan album meningkat 10,000 unit, iaitu satu perkara yang jarang-jarang berlaku kepada jualan album-album lain sebelum ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Februari 1982 – Projek bersepadu Negeri Sembilan Timur (NST) akan memulakan projek tanaman padi dua kali setahun mulai pertengahan tahun ini.
- 24 Februari 1983 – Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berlepas ke Timur Tengah sempena misi mencari dana untuk membiayai penubuhan Universiti Islam Antarabangsa.
- 24 Februari 1984 – Lebih 120,000 borang penyertaan pertandingan menamakan Kereta Nasional yang pertama diterima oleh Perusahaan Automobil Malaysia (PROTON) pada tarikh tutup pertandingan semalam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]