Pada 7 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Peguamcara Negara, Tun Mohamed Salleh Abbas hari ini secara rasminya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada Tun Mohamed Salleh dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Istana Negara pada pukul 10.00 pagi ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 7 Januari 1976 – Seramai 800,000 orang penduduk dari 58 sektor telah menyertai projek Rukun Tetangga sejak ia ditubuhkan sehingga bulan Disember tahun lalu.
- 7 Januari 1978 – Penduduk-penduduk kampung yang tinggal di kawasan terpencil akan diberi latihan asas perkhidmatan kesihatan supaya dapat memberi rawatan awal kepada penduduk yang sakit.
- 7 Januari 1980 – Persatuan Pengguna Kelantan menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi menggunakan sejenis ubat ‘wing‘ yang diimport dari Thailand bagi menggelakkan kesan yang lebih buruk terhadap kesihatan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]