Pada 2 Januari 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris hari ini merasmikan kawasan Sepang sebagai daerah baru di Selangor meliputi kawasan seluas 212 batu persegi dan jumlah penduduk melebihi 40,000 orang.
Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa Selangor ketika ini telah menempuh satu sejarah baru kerana mempunyai sembilan daerah berbanding dahulunya hanya enam sahaja.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 Januari 1973 – Kerajaan Negeri Pahang bakal membuka satu lagi kawasan perindustrian baru di Gebeng serta memajukan tiga lagi
kawasan di negeri itu iaitu Pekan, Jerantut dan Temerloh. - 2 Januari 1975 – Sekolah Menengah Perempuan Saint Georges Jalan Macalister mengatasi sekolah-sekolah lain di Pulau Pinang dalam keputusan peperiksaan LCE/SRP tahun lalu dengan mencatat 98.92 peratus lulus.
- 2 Januari 1976 – Bank Pertanian Malaysia bakal melancarkan skim pinjaman persekolahan mulai Januari ini bagi kemudahan anak-anak petani di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]