Pada 31 Januari 1975, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Harun merasmikan pelancaran Yayasan Kedah dan mengumumkan sumbangan dana sebanyak RM500,000.
Beliau dalam ucapannya menyatakan, Yayasan Kedah sebagai adik kandung kepada Yayasan Sabah akan tegak menabur bakti membantu belia dalam bidang pelajaran, sosial, agama dan kebudayaan selaras dengan usaha melahirkan golongan belia yang berkebolehan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 31 Januari 1971 – Seorang pemuda Melayu, Jamjan Rajikan, 24, dari Ayer Hitam, Johor memperoleh Ijazah Kelas Pertama Kepujian Kimia Fizik dari Universiti New England, Australia.
- 31 Januari 1972 – Malaysia bakal membuka perusahaan untuk mengeluarkan baldu yang bakal dilaksanakan secara usaha sama antara Syarikat Batik Malaysia dan Pertukangan Tangan Berhad (MBHB).
- 31 Januari 1973 – Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, A.R. Tompel meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur setelah 10 hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]