'Parameswara' kapal penggerudi pertama milik PETRONAS - Utusan Malaysia

‘Parameswara’ kapal penggerudi pertama milik PETRONAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Januari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kapal penggerudi kepunyaan syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang pertama bagi kegunaan operasi anak syarikatnya, PETRONAS Carigali akan dilancarkan di Limbungan Promet, Singapura.

Kapal yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM70 juta itu diberi nama ‘Parameswara‘ oleh Toh Puan Suhailah, isteri kepada Penasihat PETRONAS, Tun Hussein Onn.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Januari 1975 – Pihak Perbadanan Stadium Merdeka sedang menimbangkan kemungkinan untuk menggunakan padang tiruan sebagai menggantikan padang rumput yang ada ketika ini.
  • 14 Januari 1978 – Sebuah lagi parti politik yang diberi nama ‘Parti Pekerja Malaysia‘ yang dipimpin oleh bekas ADUN Serendah, Puan Ganga Nayar kini sedang dalam proses pendaftaran.
  • 14 Januari 1980Umat Islam di seluruh dunia telah diingatkan supaya menjauhkan diri dari kegiatan pertubuhan Freemason yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN