Pada 23 Januari 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk Selatan Thailand tidak menentang kehadiran tentera-tentera Malaysia di kawasan mereka dalam ‘Operasi Daoyai-Musnah‘, kata Timbalan Menteri Pertahanan Thai, Jeneral Lek Neavmali.
Menurut beliau, penduduk yang tinggal di kawasan operasi di Sadao tidak membezakan antara tentera Malaysia dan Thai yang sedang menjalankan tugas di kawasan berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 Januari 1976 – Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan hampir 90 peratus murid-murid sekolah di Kampung Gemuruh, Terengganu menghidap penyakit cacing dalam perut.
- 23 Januari 1978 – Seorang puteri diraja Arab Saudi dan suaminya dihukum bunuh di khalayak ramai di Jeddah kerana didapati telah bernikah dengan lelaki yang bukan dari keturunan diraja.
- 23 Januari 1979 – MARA bakal membina sebuah Maktab Rendah Sains dan sebuah institut kemahiran yang menelan kos sebanyak RM15.8 juta di daerah Jasin, Melaka.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]