Kerajaan laksana sistem 'SETIA' - Utusan Malaysia

Kerajaan laksana sistem ‘SETIA’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Januari 1984, Utusan Malaysia melaporkan pengumuman Tun Musa Hitam tentang kerajaan akan melaksanakan satu sistem baharu yang dikenali sebagai ‘SETIA‘ untuk mengesan kemajuan segala projek kerajaan dengan lebih teratur dan berkesan bermula Mac depan.

Pemangku Perdana Menteri memaklumkan, sistem itu akan menggantikan Sistem Pengesan Projek (PMS) yang digunakan ketika ini dan dijangka akan dapat memberi data yang lebih tepat, cepat dan mudah untuk tujuan perancangan, penilaian dan pelaksanaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Januari 1980 – Kaki kiri Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya berikutan masalah gangrene yang ditanggung sekian lama.
  • 22 Januari 1981 – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sedang merancang untuk mengusahakan projek pengeluaran sagu secara besar besaran.
  • 22 Januari 1983 – Koperasi CUEPACS akan membayar dividen sebanyak 20 peratus kepada ahlinya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN