ITM ditutup akibat tindakan agresif pelajar - Utusan Malaysia

ITM ditutup akibat tindakan agresif pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Januari 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi MARA (ITM) terpaksa ditutup sepenuhnya hari ini berikutan dengan tindakan para pelajarnya yang mengambilalih dan menguasai kampus Shah Alam dan Jalan Othman, Petaling Jaya sejak semalam.

Pemangku Pengerusi Majlis Pentadbir ITM, Datuk Mansor Othman yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan bahawa tindakan berkenaan terpaksa dilakukan setelah segala usaha untuk mencari persetujuan di kalangan pelajar telah gagal.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Januari 1972 – Lembaga Penapis Filem telah bertindak mengharamkan tayangan filem ‘DURJANA‘ kerana ianya tidak layak dan sesuai ditayangkan di negara ini.
  • 8 Januari 1973 – Adik Faizal Sabaruddin telah dipilih sebagai johan dalam pertandingan kanak-kanak sihat anjuran Persatuan Belia MICO Kuala Lumpur.
  • 8 Januari 1976 – Orang tua dan kanak-kanak merupakan golongan paling ramai terbunuh akibat kemalangan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN