Pada 28 Januari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan berjaya menembak mati dua orang pengganas komunis dan mencederakan seorang lagi anggota mereka dalam satu pertempuran di kawasan hutan Daerah Jelebu, berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan Pahang.
Dua laras senapang, peluru, pakaian, makanan dan barangan lain telah dirampas. Walaubagaimanapun, ketika dalam pertempuran sekitar pukul 6.15 pagi itu, seorang anggota keselamatan, Saimon Tarikat, 23 tahun dari Pontian, Johor telah terkorban.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 28 Januari 1980 – Syarikat automobil terkemuka Perancis, Peugeot memilih Malaysia sebagai negara pertama di Asia untuk menjalankan kerja- kerja pemasangan kereta buatan mereka.
- 28 Januari 1984 – Seramai 50 orang pondan dari utara Perak telah menubuhkan persatuan yang dinamakan ‘Persatuan Mak Nyah Taiping‘ secara rasmi.
- 28 Januari 1985 – Jawatankuasa tatatertib FAM telah menggantung ketua pasukan bola sepak Melaka, Datuk Soh Chin Aun selama setahun atas tuduhan menggunakan kata-kata kesat dan cuba memukul pengadil.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]