Pada 17 Januari 1983, Utusan Malaysia melaporkan seorang doktor dari Hospital Daerah Machang yang menderma darahnya untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang menghadapi saat-saat kecemasan untuk bersalin bakal menerima hadiah dan penghargaan daripada Guinness Malaysia Berhad pada 25 Januari ini.
Dr. Verasamy, 28, merupakan individu pertama dari negeri di Pantai Timur dipilih mendapat penghargaan tersebut daripada pihak Guinness.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Januari 1980 – Institut Teknologi MARA (ITM) akan menubuhkan Pusat Daya Cipta ITM bagi membolehkan para pelajar, bekas pelajar serta pensyarah mempamerkan hasil karya mereka.
- 17 Januari 1983 – Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) membelanjakan hampir RM15 juta setiap tahun untuk membersih dan mengindahkan kawasan bandar.
- 17 Januari 1984 – Kesemua 13 buah bahagian UMNO di Negeri Kedah telah bersetuju untuk mencalonkan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden UMNO bagi kali kedua.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]