Pada 16 Januari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang anggota Pasukan Pertama Renjer Malaysia telah menerima pingat Darjah Perkasa Panglima Gagah Berani dalam satu upacara di Padang King George V di Sibu, Sarawak.
Mereka ialah Sarjan Mileng anak Kilong, Koperal Dajai anak Anggie dan Renjer Unggek anak Antin yang telah dianugerahkan pingat tersebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas jasa dan keberanian menentang musuh.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 Januari 1973 – Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah akan menjalankan penyelidikan mengenai kaedah pembiakan moden bagi membiakkan lagi lembu dan kerbau di negara ini.
- 16 Januari 1975 – Sebanyak 86 buah persatuan belia di Pulau Pinang telah menarik diri daripada Gerakan Belia 4B Malaysia dan menubuhkan pertubuhan baru iaitu ‘Gerakan Belia Bersatu‘.
- 16 Januari 1977 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membuka dan memajukan 60,000 ekar tanah di Lembah Sungai Aring dan Sungai Ciku di Ulu Kelantan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]