Pada 27 Januari 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tan Sri Aishah Ghani mengesahkan secara rasmi bahawa tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO dan berharap ahli-ahli pergerakan itu memilih naib ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan jawatan itu
pada Mei ini.
Tan Sri Aishah memaklumkan, beliau tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 12 tahun lalu, tetapi hanya akan bertanding untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO sahaja.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 27 Januari 1982 – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bakal menubuhkan sebuah maktab latihan petroleum di kawasan Batu Rakit.
- 27 Januari 1984 – Anak Tan Sri P. Ramlee, Nasir akhirnya dapat bertemu semula dengan ibunya, Seniwati Junaidah D. Harris setelah terpisah sejak lebih 30 tahun lalu.
- 27 Januari 1985 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan Kuala Lumpur dikenali sebagai bandaraya taman yang indah dengan tanaman pokok serta tatasusun taman yang menarik.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]