Waktu diseragamkan di seluruh negara - Utusan Malaysia

Waktu diseragamkan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Disember 1981, Utusan Malaysia melaporkan seluruh negara akan menggunakan format waktu Sabah, iaitu setengah jam lebih awal dari waktu di Semenanjung ketika ini. Ia akan dimulakan awal tahun depan, menurut pengumuman dari Tun Musa Hitam malam tadi.

Tarikh rasmi bagi pelancaran keseragaman waktu untuk seluruh negara itu dijangka akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Januari depan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Disember 1976Kementerian Kesihatan akan menubuhkan sebuah bank mata di Hospital Besar Kuala Lumpur Januari depan.
  • 5 Disember 1980Kilang gula yang dimiliki oleh FELDA di Chuping, Perlis akan mula mengeluarkan produk gulanya bermula pertengahan bulan ini.
  • 5 Disember 1981 – Sebuah filem Melayu berjudul ‘Senja Merah‘ yang diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Hussein Abu Hassan merupakan filem sulung keluaran CJC (Melaka) Sdn. Bhd.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya