Pada 24 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Biro Siasatan Negara (BSN) menahan empat orang pegawai Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kerana disyaki membuat beberapa tuntutan elaun palsu.
Seorang daripada mereka telah pengsan apabila dimaklumkan mengenai penahanan ke atasnya dan dikejarkan ke hospital. Ketua Pengarah BSN, Datuk Abdullah Ngah yang mengesahkan tangkapan tersebut memaklumkan, kesemua mereka akan dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Disember 1969 – Kesatuan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Negeri Pahang yang mempunyai ahli seramai 235 orang dibubarkan secara rasmi.
- 24 Disember 1977 – Rejimen Kedua Gerak Khas Malaysia (RGKM) yang diperbesarkan ketika ini akan ditempatkan di Johor.
- 24 Disember 1979 – Ketua Menteri Melaka, Mohamad Adib Adam mencadangkan supaya diwujudkan satu ‘Dasar Belia Negara’ supaya menjadi matlamat dan falsafah perjuangan belia di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]