Raja-raja Melayu tidak perkenan pinda perlembagaan - Utusan Malaysia

Raja-raja Melayu tidak perkenan pinda perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa usaha- usaha Parlimen mengenai pindaan perlembagaan setakat ini terbuntu kerana raja-raja Melayu tidak berkenan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pindaan-pindaan itu.

Perdana Menteri memaklumkan, beliau sendiri telah berusaha sedaya upaya merafak sembah penjelasan dan rayuan kepada raja-raja supaya Seri Paduka memperkenankan pindaan-pindaan itu di sidang Majlis Raja-Raja di Kota Kinabalu pada 13 Oktober lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 Disember 1981 – Johor berjaya menjadi johan antara negeri dalam Kejohanan Olahraga Pos Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Kota Raja, Klang, Selangor.
  • 3 Disember 1982 – Sultan Johor, Sultan Iskandar hari ini berkenan merasmikan pembukaan stesen janakuasa elektrik yang berharga RM372 juta di kawasan perindustrian Pasir Gudang.
  • 3 Disember 1983 – Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 26 tahun telah ditangkap di Hospital Bersalin Kandang Kerbau, Singapura kerana menyamar sebagai seorang doktor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya