Pindaan perlembagaan ditandatangani - Utusan Malaysia

Pindaan perlembagaan ditandatangani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan yang diluluskan oleh Parlimen Ogos lalu dan menjadi kontroversi selama empat bulan akhirnya telah diperkenan dan ditandatangani oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Tetamu.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengumumkannya berkata rang undang-undang berkenaan akan di bawa ke sidang khas Parlimen Januari depan untuk dipinda demi menepati janji kerajaan kepada raja-raja.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Disember 1982 – Menurut pegawai kanan DBKL, kira-kira setengah juta penduduk di Kuala Lumpur masih menggunakan tandas tong najis, lubang dan jamban atas air (sungai.)
  • 16 Disember 1983Pengguna telefon kawasan tenggara Johor boleh mula membuat panggilan telefon secara sambungan terus dial (STD) mulai esok.
  • 16 Disember 1984 – Pelakon baru, Emman Manan dan seniwati veteran, Rosnani Jamil masing-masing dipilih sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik 1984 di Pesta Filem Malaysia Kelima.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya