Lipatan Sejarah: Pesawat MAS terhempas di Kampung Melayu Subang

Lipatan Sejarah: Pesawat MAS terhempas di Kampung Melayu Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Disember 1983, Utusan Malaysia melaporkan pesawat Airbus milik MAS yang membawa seramai 236 penumpang termasuk tiga kanak-kanak terhempas dalam sebuah paya di Kampung Melayu Subang, sekitar pukul 7.40 malam.

Nahas pesawat tersebut berlaku ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Subang dalam keadaan cuaca yang sangat buruk setelah berlepas dari Kuching dan pesawat MH684 tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Disember 1979 – Sistem Jawatan Kuasa Bertindak atau Mini Kabinet Kerajaan Negeri Sembilan telah mendapat sanjungan daripada ramai ahli Dewan Undangan Negeri termasuk pihak pembangkang.
  • 19 Disember 1983 – Kassim Ahmad telah dipilih semula sebagai Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dalam Kongres Nasional ke-19 parti berkenaan di Petaling Jaya.
  • 19 Disember 1984 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan darjah kebesaran yang tertinggi negara Mali iaitu, “Grand Cross of National Order“.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN