Pada 31 Disember 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sekitar 50,000 orang rakyat Brunei akan berkumpul di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddin malam ini bagi menyaksikan pengisytiharan kemerdekaan negara mereka daripada Inggeris.
Pengisytiharan itu akan dibacakan sendiri oleh Paduka Sultan Brunei diikuti dengan seruan ‘Allahu Akbar‘ oleh ayahanda Baginda Paduka Seri Begawan Sultan. Upacara tersebut akan disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Brunei.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 31 Disember 1981 – Jabatan Agama Islam Selangor berjaya mengesan satu kumpulan ajaran sesat digelar ‘ikan tempel‘ yang mempercayai azimat dan fahaman-fahaman karut yang turut diamalkan oleh segelintir orang Islam.
- 31 Disember 1982 – Sebuah menara jam setinggi 26 meter yang dibina di persimpangan Lapangan Terbang Subang adalah hasil sumbangan syarikat United Motor Works.
- 31 Disember 1984 – Balai Seni Lukis Negara yang terletak di bangunan bekas Hotel Majestic di tengah-tengah Ibu Kota berjaya menarik pengunjung 10 kali ganda berbanding di tempat lama di Jalan Ampang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]