Pelumba negara, Daud Ibrahim menang pingat emas di Sukan Asia - Utusan Malaysia

Pelumba negara, Daud Ibrahim menang pingat emas di Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Disember 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia buat pertama kalinya telah berjaya memenangi pingat emas di Sukan Asia yang berlangsung di Bangkok dalam acara lumba basikal sejauh 1,600 meter.

Atlet Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas tersebut ialah Daud Ibrahim, berumur 23 tahun yang juga merupakan seorang Pegawai Kastam dari Batu Pahat, Johor.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Disember 1972 – Menteri Perhubungan, Tan Sri Sardon Jubir memaklumkan, Lapangan Terbang Senai bertaraf antarabangsa yang sedang dalam pembinaan ini menelan kos sebanyak RM32 juta.
  • 18 Disember 1977 – Sebuah jawatan kuasa sementara telah dibentuk dalam usaha untuk menubuhkan Persatuan Perfileman Kebangsaan.
  • 18 Disember 1979 – Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Ulu Tembeling berjaya menjadi naib johan dalam satu pertandingan antara kampung- kampung Orang Asli di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya