Pada 10 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan Tun Hussein Onn memaklumkan, UMNO akan meminta Dewan Tertinggi Barisan Nasional dalam mesyuarat khasnya Selasa ini untuk memecat PAS daripada BN jika pucuk pimpinan parti itu enggan mematuhi resolusi Dewan tersebut yang dibuat pada 5 Disember lalu.
Dalam sidangnya pada 5 September, Dewan Tertinggi BN membuat ketetapan menguatkuasakan fasal 14 perlembagaan BN mendesak parti-parti komponennya mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli-ahli yang enggan mematuhi arahan Parti Whip di Parlimen dan DUN.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Disember 1970 – Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) hari ini menyeru negeri-negeri lain supaya mencontohi Kerajaan Negeri Selangor yang mengambil sikap tegas dan berani dalam mendaulatkan Bahasa Malaysia.
- 10 Disember 1976 – Krisis selama lapan hari antara 31 orang pekerja Syarikat Perkhidmatan Bas Bandar Kuantan dengan majikan telah berakhir setelah campurtangan baginda Sultan Pahang.
- 10 Disember 1979 – Pertubuhan Perkhidmatan Masyarakat Malaysia (MCSO) menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan KWSP untuk menyertai perusahaan perumahan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]