Pada 2 Disember 1982, Utusan Malaysia melaporkan kadar bayaran baharu hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia yang berkuatkuasa mulai hari ini melibatkan kenaikan dari 50 sen hingga RM500.
Kenaikan paling rendah ialah bagi bayaran untuk pesakit luar di Hospital Besar, Hospital Daerah dan Poliklinik yang naik dari 50 sen kepada RM1 manakala cagaran pembedahan kelas satu naik dari RM600 kepada RM1,100.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 2 Disember 1977 – Kerajaan akan meluaskan kawasan perairan sehingga 200 batu dari pantai sebagai ‘kawasan ekonomi yang eksklusif‘ untuk kemudahan para nelayan.
- 2 Disember 1980 – Pengarah Pusat Tatacara Serantau, Zakaria Yatim, 45 tahun, telah dilantik sebagai Peguam Cara Negara mulai hari ini.
- 2 Disember 1982 – Kerajaan Negeri Perak memohon kepada Lembaga Letrik Negara berkaitan tuntutan ganti rugi sebanyak RM9 juta kerana
kehilangan hasil hutan ekoran pembinaan empangan raksasa Temenggor.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]