Lagu ciptaan Sultan Perak dialbumkan - Utusan Malaysia

Lagu ciptaan Sultan Perak dialbumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Disember 1972, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Sultan Perak, Sultan Idris Shah tentang perasaan gembiranya kerana dua buah lagu yang dicipta oleh baginda telah dirakamkan ke piring hitam.

Lagu-lagu tersebut iaitu, ‘Semalam di Subang‘ dan ‘Pulau Pangkor‘ telah terkandung dalam album Aminah Ahmad dan diiringi oleh ‘Orkes Rishah‘ yang dipimpin oleh Raja Ismail Iskandar.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Disember 1969 – Pengganas komunis mengebom sebuah jambatan kereta api yang menghubungkan Selatan Thailand dengan Perlis di Kampung Kok Mak, Padang Besar malam tadi.
  • 12 Disember 1972 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memberi jaminan rancangan ‘Perkhidmatan Negara‘ yang dirancang oleh kerajaan akan disertai oleh semua kaum.
  • 12 Disember 1979 – Kerajaan dalam proses menggubal rang undang-undang yang membolehkan harta benda pengedar dadah dirampas sebagai tambahan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya