Pada 17 Disember 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Thailand telah mencapai kata sepakat untuk memperhebatkan lagi usaha- usaha secara bersama untuk menghapuskan kegiatan subversif dan keganasan di sempadan kedua-dua negara.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Thailand, Tun Thanom Kittikachorn pada akhir lawatan rasmi Tun Abdul Razak selama tiga hari di Thailand.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Disember 1969 – Kerajaan Britain sedang berusaha memujuk Brunei supaya menyertai Malaysia berikutan dengan pengunduran tentera British dari negara berkenaan pada tahun 1971.
- 17 Disember 1970 – Seorang pemuda Tionghua berumur 27 tahun, Tan Sri Dr. Ting Chew Peh yang tidak pernah bersekolah Melayu, kini menjawat jawatan sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.
- 17 Disember 1977 – Sebuah parti politik yang baru telah ditubuhkan oleh Presiden Zia Aur Rahman di hari ulang tahun ketujuh kemerdekaan Bangladesh.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]