Awang Had Salleh Naib Canselor pertama UUM - Utusan Malaysia

Awang Had Salleh Naib Canselor pertama UUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Disember 1983, Utusan Malaysia melaporkan Prof. Tan Sri Awang Had Salleh akan dilantik sebagai Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila universiti itu dibuka pada pertengahan tahun hadapan.

Beliau yang berusia 49 tahun dan berasal dari Kedah merupakan tokoh akademik yang sangat berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan perancangan penubuhan UUM daripada peringkat awal sehinggalah kepada penubuhan universiti berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Disember 1982 – Sebuah kapal kargo Indonesia, K.M. Setia yang karam di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang akan ditimbulkan semula.
  • 23 Disember 1983 – Syarikat Sime Darby kini mula terlibat secara serius dalam bidang pembuatan kasut setelah berjaya mengambilalih sebuah kilang pengeluaran kasut, International Footwear Sdn. Bhd. di Melaka.
  • 23 Disember 1984 – Seorang wanita yang mendakwa isteri ketiga bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhamad Ali telah menuntut bayaran nafkah berjumlah 2 juta Dollar (RM4.8 juta) daripada juara tinju itu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya