Unit Jantung Hospital Universiti Malaya bakal beroperasi - Utusan Malaysia

Unit Jantung Hospital Universiti Malaya bakal beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 November 1983, Utusan Malaysia melaporkan Unit Rawatan Intensif Jantung (CICU) Hospital Universiti yang dibina dan disiapkan hasil sumbangan orang ramai akan memulakan perkhidmatannya mulai awal tahun hadapan.

Serentak dengan itu, pihak hospital telah mengambil seramai 25 jururawat tempatan untuk mengikuti kursus intensif selama tiga bulan bagi melancarkan proses rawatan di bawah program ‘kilat‘ bermula esok.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 November 1979 – Penulis novel ‘Salina‘ dan juga seorang wartawan, Datuk A. Samad Said menerima hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) daripada Permaisuri Thai, Ratu Sirikit di Bangkok.
  • 14 November 1981 – Kerajaan Negeri Sembilan memberi kelulusan kepada 11 pelabur utama untuk menjalankan pelbagai perusahaan berat seperti alat ganti kereta, besi, kaca dan sebagainya di kawasan perindustrian Nilai.
  • 14 November 1983 – Gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan menjadi kenyataan bermula tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN