Pada 13 November 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pencipta-pencipta dan penggubah lagu di negara ini disarankan supaya menukar fikiran dalam bidang seni muzik daripada pengaruh unsur-unsur barat kepada unsur-unsur berkeperibadian Malaysia.
Dengan ini lebih banyak lagi ciptaan yang bercorak Malaysia dapat dikeluarkan bagi mempercepatkan usaha membina negara, menurut saranan yang disuarakan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan, Shariff Ahmad.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 November 1972 – Kerajaan Perak akan menggantikan semua perkhidmatan feri menyeberangi sungai di negeri ini dengan jambatan yang lengkap dan selamat secara berperingkat-peringkat.
- 13 November 1974 – Penyanyi, Fatimah Razak menyatakan sudah sampai masanya para penyanyi, ahli muzik dan pencipta lagu bergabung dalam sebuah persatuan bagi kepentingan para penyanyi dan ahli muzik itu sendiri.
- 13 November 1979 – Jabatan Pertanian Negeri Kelantan akan memulakan projek menanam pisang secara besar-besaran di seluruh negeri bagi meningkatkan lagi pendapatan para petani.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]