Skim Insurans Bencana Pekerjaan diperkenalkan - Utusan Malaysia

Skim Insurans Bencana Pekerjaan diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Oktober 1971, Utusan Malaysia melaporkan Skim Insurans Bencana Pekerjaan yang mula berkuatkuasa di Johor Bahru tengah malam ini akan diperluaskan ke seluruh negara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam ketika berucap melalui Radio dan Televisyen Malaysia sempena upacara pelancaran Skim Insurans Bencana Pekerjaan di Johor Bahru serta bermulanya pendaftaran majikan-majikan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Oktober 1974Setiausaha Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Anwar Fazal dipilih menjadi Ketua Kesatuan Pengguna Pertubuhan Antarabangsa (IOCU) bagi rantau Asia dan Pasifik.
  • 1 Oktober 1975Keretapi Tanah Melayu bakal melancarkan perkhidmatan ‘Ekspres Taufan‘ dari Kuala Lumpur ke Butterworth dan Kuala Lumpur ke Singapura bermula esok.
  • 1 Oktober 1979 – Sebuah kilang membuat kepingan bumbung daripada jerami padi hasil usahasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan firma Australia bakal dibina di Kulim.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN