Pada 12 November 1980, Utusan Malaysia melaporkan Pertubuhan Islam Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) akan mendirikan kompleks ibu pejabatnya setinggi 27 tingkat yang berharga lebih RM75 juta di Kuala Lumpur secepat mungkin.
Kompleks Ibu Pejabat RISEAP itu akan mengandungi enam blok dilengkapi dengan auditorium, asrama, taman bimbingan kanak-kanak, surau, pejabat untuk disewa dan pejabat urusetia.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 12 November 1976 – Seorang pemimpin PKM, Abdullah C.D. diminta membuat kenyataan tentang tanah pusaka di Lambor Kiri, Parit, Perak dan menamakan orang yang berkuasa ke atasnya sekiranya beliau enggan keluar dari hutan.
- 12 November 1979 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sekali lagi menerima hadiah penghargaan khidmat cemerlang daripada Syarikat Boeing yang mengeluarkan pesawat-pesawat yang digunakannya.
- 12 November 1980 – Wakil dari 16 buah negara yang menjadi ahli RISEAP hari ini telah memilih Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai presiden pertama pertubuhan itu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]