Pesawat terhempas, 151 jemaah haji terbunuh - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas, 151 jemaah haji terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 November 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah pesawat milik Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) jenis Boeing 707 dengan membawa pulang seramai 151 orang jemaah haji dari Mekah telah jatuh terhempas di kawasan pergunungan di utara Mekah.

Menurut satu laporan, juruterbang pesawat PIA menerusi perhubungan terakhir dengan menara kawalan di Jeddah memaklumkan terdapat satu kebakaran telah berlaku dalam pesawat malang tersebut sebelum terhempas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 November 1970Jet-jet Tebuan milik TUDM telah melancarkan operasi mengebom dan memusnahkan sarang-sarang yang disyaki menjadi tempat persembunyian komunis di Bahagian Ketiga Sarawak.
  • 27 November 1973 – Ismail Hamzah, 23 tahun iaitu penyanyi baru yang dicungkil bakatnya daripada pertandingan Telentine RTM kini mula melebarkan sayapnya ke Bangkok, Thailand.
  • 27 November 1979 – Bandar Baru Seri Manjung yang akan menjadi ibu daerah Dinding menggantikan Pekan Lumut bakal dirasmikan pembukaannya Januari tahun depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN