Perdagangan dan kemahiran manipulatif diperkenalkan di sekolah - Utusan Malaysia

Perdagangan dan kemahiran manipulatif diperkenalkan di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 November 1983, Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan dua mata pelajaran baharu iaitu, pendidikan perdagangan dan kemahiran manipulatif mulai tahun depan di sekolah.

Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud memaklumkan, buat permulaan, mata pelajaran perdagangan akan diajar di enam buah sekolah rendah, manakala kemahiran manipulatif bermula pertengahan tahun depan meliputi sekolah rendah dan tingkatan satu sekolah menengah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 November 1982Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini menyatakan hasrat untuk bersara daripada jawatan Yang Dipertua PERKIM atas sebab kesihatan.
  • 20 November 1983Kementerian Penerangan akan memasang papan tanda dengan cogan kata “Hukuman mati bagi pengedar dadah di bawah undang-undang Malaysia” di 104 kawasan di seluruh negara.
  • 20 November 1984Yayasan Gul Ben Kian dari Portugal akan mula menjalankan kajian ke atas Kota A Famosa dan Gereja St. Paul bagi tujuan pemulihan kota peninggalan sejarah Portugis itu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya