Pendidikan akhlak dilaksanakan di sekolah-sekolah - Utusan Malaysia

Pendidikan akhlak dilaksanakan di sekolah-sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan subjek pendidikan akhlak akan dijadikan satu mata pelajaran baharu di sekolah-sekolah, menurut pengumuman yang disampaikan oleh Datuk Chan Siang Sun.

Timbalan Menteri Pelajaran memaklumkan bahawa, sebuah jawatankuasa telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum peringkat kementerian untuk menyediakan sukatan pelajaran pendidikan akhlak menjadi satu mata pelajaran di sekolah-sekolah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 November 1974 – Akhbar Daily Telegraph memuji persembahan wayang kulit yang diadakan di kota London oleh Pasukan Wayang Kulit Malaysia dari Kelantan.
  • 7 November 1977 – Penubuhan sebuah bank mata di Malaysia amat diperlukan bagi mengurangkan masalah orang-orang buta yang sedang menunggu untuk menjalani pemindahan kornea.
  • 7 November 1979Masayoshi Ohira dipilih semula sebagai Perdana Menteri Jepun setelah mengalahkan Takeo Fukuda dalam satu perkiraan undi di Parlimen negara tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN