Peguam bukan warganegara tidak dibenarkan berkhidmat - Utusan Malaysia

Peguam bukan warganegara tidak dibenarkan berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 November 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya mengharamkan semua peguam-peguam bukan warganegara berkhidmat di negara ini walaupun ada segelintir peguam dari Singapura membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Demikian penegasan yang disuarakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff yang turut memaklumkan, pengharaman itu dikuatkuasakan mulai 31 Disember ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 November 1971 – Kakitangan Am UKM telah menubuhkan persatuan mereka dengan nama ‘Persatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia‘.
  • 15 November 1974 – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau akan membina sebuah ‘Wisma Gayong‘ yang berharga RM50,000 di Kampung Air Kuning, Taiping, Perak.
  • 15 November 1977 – Bekas pelari jarak pertengahan negara, Junaidah Aman dan pemain bola sepak, Wong Choon Wah telah diberi penghormatan sebagai pelari terakhir membawa obor Suka SEA Ke-9 di Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN