Malaysia dipilih sebagai anggota Lembaga Pentadbir IINA - Utusan Malaysia

Malaysia dipilih sebagai anggota Lembaga Pentadbir IINA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia merupakan antara tiga buah negara yang telah dipilih menganggotai Lembaga Pentadbiran Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA).

Dua negara lagi ialah Syria dan Tunisia, manakala pemilihan tersebut dibuat di perhimpunan agung IINA selama tiga hari selepas meluluskan usul menambah keanggotaan lembaga daripada enam kepada sembilan buah negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 November 1971 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan menghadiahkan seekor harimau betina kepada tuan rumah Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Munich, Jerman tahun hadapan.
  • 21 November 1973 – Kerajaan telah mengharamkan penerbitan majalah ‘Truth‘ kerana telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam permit.
  • 21 November 1976 Rakyat Jepun tidak akan menyokong Tentera Merah Jepun serta tidak akan menyertai gerakan-gerakannya, kata Duta Khas Jepun ke Malaysia, Eikichi Hara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN