Komunis cuba tubuh kerajaan campuran di Malaysia - Utusan Malaysia

Komunis cuba tubuh kerajaan campuran di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 November 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar hari ini mendedahkan usaha-usaha komunis mencadangkan penubuhan kerajaan campuran di negara ini dengan sokongan daripada kumpulan-kumpulan agama, nasionalis, kebudayaan dan politik di bawah naungan Parti Komunis Malaya yang diharamkan.

Beliau yakin bahawa usaha-usaha berkenaan akan tetap gagal selagi tidak mendapat sambutan orang ramai.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 November 1983 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. James Ongkili memberi jaminan bahawa Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan dan tidak sesekali untuk tujuan lain.
  • 8 November 1984 Projek tanaman rotan yang diusahakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan sumber rotan di negara ini.
  • 8 November 1985 – Polis Cawangan Anti Dadah Bukit Aman berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar dengan merampas sebanyak 28 kilogram heroin di Cheras.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN