Kereta rekaan Sultan Selangor akan dipamerkan dikhalayak umum - Utusan Malaysia

Kereta rekaan Sultan Selangor akan dipamerkan dikhalayak umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 November 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kereta yang direka sendiri oleh Sultan Selangor merupakan antara 70 buah kereta bernilai tinggi yang akan dipamerkan dalam ‘Pertunjukkan Kereta Antarabangsa 78‘ di Changkat Pavilion bulan depan.

Kereta jenis Panther Deville yang memiliki 4,200 kuasa kuda dan berharga RM260,000 itu dijangka bakal menjadi tumpuan ramai dalam pertunjukkan yang julung-julung kali diadakan di rantau Asia Tenggara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 November 1974Ahli sejarah yang terkenal, Cornelius Ryan, 54 tahun yang merupakan pengarang novel ‘The Longest Day’ meninggal dunia akibat penyakit barah.
  • 26 November 1976 – Sehingga kini, seramai 94 orang rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di luar negara kerana kesalahan jual beli dadah.
  • 26 November 1977 Khoo Chong Beng dari Malaysia dan Than Than dari Burma telah dipilih sebagai jaguh terbaik bahagian olahraga Sukan SEA Ke-9.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN