Kelantan bakal ditadbir oleh MAGERAN - Utusan Malaysia

Kelantan bakal ditadbir oleh MAGERAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa satu rang undang-undang bagi membolehkan sebuah kerajaan ala MAGERAN dibentuk di Kelantan sedang digubal dan akan dibentangkan di Parlimen yang sedang bersidang ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pembentukan MAGERAN perlu dibawa ke Parlimen kerana ia mengikut kehendak demokrasi. Kerajaan juga tidak dapat membiarkan keadaan huru-hara di Kelantan berterusan yang memaksa kerajaan menempatkan 4,000 orang anggota keselamatan tambahan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 November 1976 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membuka dua kawasan baru seluas 3,686 ekar di Kedah, iaitu di Teloi Timur dan Lubuk Merbau untuk tanaman getah.
  • 5 November 1977 – Satu Akta Kuarantin dan Pencegahan Penyakit akan dibentangkan di Parlimen bertujuan mengawal dengan lebih teliti barang makanan dalam tin yang dibawa masuk dari luar negara.
  • 5 November 1979 – Kumpulan muzik dari Jerman yang digelar ‘Brahms Quartet Hamburg‘ akan mengadakan satu pertunjukkan khas di Auditorium Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN