Pada 19 November 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan polis Petaling Jaya berjaya membongkar satu kegiatan mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melibatkan jutaan ringgit dengan menggunakan perjanjian jual-beli palsu untuk membeli rumah setelah berjaya menahan seorang lelaki baru-baru ini.
Seorang lelaki berumur lingkungan 42 tahun yang merupakan ejen sebuah syarikat insurans telah ditahan polis di rumahnya di Klang, Selangor hasil maklumat daripada orang ramai.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 19 November 1982 – Pihak polis memberi amaran bahawa, mereka yang ditangkap dan disabit kesalahan melontar batu ke atas kereta api boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
- 19 November 1983 – Satu kajian sedang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik USM untuk mendapatkan air tawar daripada air laut dengan menggunakan tenaga suria.
- 19 November 1984 – Pemerintah tertinggi tentera Nigeria menjalankan hukuman bunuh ke atas 42 orang pegawai dan anggota tentera yang didapati cuba melakukan pembunuhan ke atas pihak atasan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]