Pada 4 November 1976, Utusan Malaysia melaporkan calon Parti Demokrat, Jimmy Carter berjaya mengalahkan Presiden Gerald Ford dalam pilihan raya pemilihan Presiden Amerika Syarikat ke-39.
Kemenangan tersebut telah mengakhiri pemerintahan Parti Republikan selama lapan tahun. Dalam satu ucapannya, Carter berkata: “Saya berjanji akan menghormati kepercayaan tuan-tuan kepada saya dan berusaha tidak akan mengecewakan tuan-tuan”.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 4 November 1970 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal membeli enam buah helikopter Nuri dari Amerika Syarikat sebagai usaha menambah kekuatan angkatan udara.
- 4 November 1973 – Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu bercorak Hindustan, M. Shariff kini telah merakamkan lebih 100 buah lagu dalam irama tersebut.
- 4 November 1974 – Dewan Undangan Negeri Johor hari ini meluluskan rang undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri meminjam wang daripada Kerajaan Pusat sehingga RM250 juta.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]