Pada 18 November 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa Televisyen Malaysia akan menggunakan sebanyak mungkin bahasa Malaysia dalam kedua-dua salurannya.
Keutamaan ini merupakan keperluan negara, namun pihak televisyen boleh menyiarkan rancangan-rancangan lain yang boleh memuaskan selera semua kaum dan bangsa di negara ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 November 1971 – Parti KEMAS yang ditolak pendaftaran penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan mungkin akan ditukar kepada nama baru iaitu, ‘PEKAM‘, singkatan kepada Parti Keadilan Masyarakat.
- 18 November 1973 – Bintang filem popular Filipina, Vic Pacia, 39 tahun yang pernah memegang watak sebagai Presiden Ferdinand Marcos dalam sebuah filem telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
- 18 November 1974 – Sebuah Universiti Pertanian akan dibina di Bintulu, Sarawak, kata Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Celestine Ujang hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]