Ucapan Mahathir di PBB tarik minat perwakilan negara dunia ketiga - Utusan Malaysia

Ucapan Mahathir di PBB tarik minat perwakilan negara dunia ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Oktober 1984, Utusan Malaysia melaporkan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-39 Rabu lalu terus menarik minat terutama dalam kalangan perwakilan negara dunia ketiga.

Ramai yang menyokong ucapan Perdana Menteri itu yang memberikan kesan sangat besar terutama sekali kenyataannya mengenai kebangkitan semula Islam dan tipu-helah kuasa besar dalam menyelesaikan masalah politik dan ekonomi di luar badan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Oktober 1982 – Persatuan Bekas Penuntut-Penuntut Maktab Mahmud (PBPMM) menubuhkan sebuah syarikat awam, Maahad Holdings Berhad, dengan modal permulaan sebanyak RM2 juta.
  • 15 Oktober 1983Muzium Negara menyerahkan 60 manuskrip Melayu lama berusia lebih 100 tahun kepada Perpustakaan Negara (PN) sebagai langkah awal menjadikan Perpustakaan Negara sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan berkenaan.
  • 15 Oktober 1985Tabung Haji akan meneruskan sistem muassasah dalam kalangan jemaah haji pada masa hadapan memandangkan ia banyak memberikan kebaikan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN