Tragedi 13 Mei: Tun Razak ketuai Majlis Perunding - Utusan Malaysia

Tragedi 13 Mei: Tun Razak ketuai Majlis Perunding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Oktober 1969, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Gerakan Negara, Tun Abdul Razak akan mengetuai Majlis Perunding yang akan membincangkan mengenai masalah perpaduan dan keamanan negara secara tertutup.

Menurut Tun Abdul Razak, perbahasan secara terbuka tidak boleh diadakan susulan laporan kerajaan mengenai Tragedi 13 Mei yang dikeluarkan semalam. Oleh yang demikian, perbahasan secara terus terang dan tanpa berselindung perlu dilakukan menerusi Majlis Perunding yang akan ditubuhkan segera.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Oktober 1974 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melancarkan projek raksasa Johor Barat yang melibatkan kira-kira setengah juta peladang di kawasan seluas 930,000 ekar.
  • 10 Oktober 1975 – Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah sedang menyiasat peristiwa sebuah masjid di Kampung Tempoyak, Pendang yang ditutup kepada umat Islam pada Hari Raya Aidilfitri 6 Oktober lalu.
  • 10 Oktober 1977Keberanian seorang pelajar Sekolah Menengah Guar Chempedak, Mohamad Sisol Hashim, 16, berjaya menyelamatkan seorang wanita dan anaknya daripada lemas dalam tali air di Sedaka, Yan, Kedah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN