Taraf Universiti Malaya paling tinggi di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Taraf Universiti Malaya paling tinggi di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Oktober 1969, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Naib Canselor Universiti Nanyang, Profesor Rayson L. Huang bahawa taraf dan kedudukan Universiti Malaya dan Singapura adalah lebih tinggi berbanding universiti-universiti lain di rantau Asia Tenggara.

Beliau menyatakan perkara ini dalam ucapannya di majlis temuramah yang dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar-Pelajar Amerika dan Eropah Universiti Nanyang bertempat di kampus universiti tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Oktober 1971Pejabat Suruhanjaya Tinggi British di Sarawak akan ditutup secara rasminya esok dan segala perkhidmatannya akan dikendalikan oleh pejabat suruhanjaya tersebut di Kuala Lumpur.
  • 29 Oktober 1975Pusat Khutub-Khanah British di London memerlukan lebih banyak buku-buku terbitan Bahasa Malaysia bagi memenuhi bahan-bahan bacaan berkaitan sejarah dan kebudayaan di rantau ini.
  • 29 Oktober 1977 – Jabatan Pengangkutan Jalan menekankan bahawa penggunaan tali pinggang keledar bagi pemandu kereta di seluruh negara akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1979.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya