Suharto puji kereta Proton Saga - Utusan Malaysia

Suharto puji kereta Proton Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Oktober 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan ungkapan “Bagus”, yang diungkap oleh Presiden Suharto selepas memandu uji kereta buatan Malaysia, Proton Saga 1.5 CC di pekarangan kediaman rasmi beliau di Cendana, Jakarta.

Presiden Suharto memandu kereta berwarna putih yang merupakan hadiah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepadanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Oktober 1982Kerajaan Negeri Pahang bersetuju membuat sedikit pindaan terhadap lagu kebangsaan negeri untuk disesuaikan dengan beberapa faktor semasa daripada lagu asalnya.
  • 9 Oktober 1983 – Satu sistem baru bagi memastikan daging dari Australia yang dieksport ke negara-negara Islam disembelih mengikut tatacara Islam akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
  • 9 Oktober 1984 – Seramai 17,098 orang rakyat Malaysia telah dilucutkan kerakyatan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga 31 Ogos tahun ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya