Sarjan Cheong ditembak mati pengganas komunis - Utusan Malaysia

Sarjan Cheong ditembak mati pengganas komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Oktober 1973, Utusan Malaysia melaporkan seorang sarjan mata-mata gelap, Cheong Kek On terbunuh setelah ditembak dari Jarak dekat oleh seorang pengganas komunis di sebuah kedai kopi di Sungai Siput, Perak.

Lima minit kemudiannya, dua orang tidak dikenali yang menunggang motosikal telah melempar dua biji bom tangan ke dalam kawasan Balai Polis Sungai Siput, tetapi tidak meletup. Ekoran itu, perintah berkurung 24 jam telah dikuatkuasakan di daerah berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 Oktober 1971 – Bekas wanita pertama Indonesia, Ratu Sari Dewi telah menandatangani kontrak sebagai bintang filem dengan syarikat filem Run Run Shaw dari Hong Kong.
  • 24 Oktober 1972 – Malaysia dan Indonesia bakal mengadakan usahasama perkhidmatan feri antara Belawan dengan Pulau Pinang mulai tahun hadapan.
  • 24 Oktober 1974Pengarah filem terkenal, Datuk Jamil Sulong berlepas ke Hong Kong untuk menyiapkan suntingan terakhir filem arahannya berjudul ‘Permintaan Terakhir‘.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN