Pelan dan reka bentuk Lebuh Raya Gua Musang - Utusan Malaysia

Pelan dan reka bentuk Lebuh Raya Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan projek Lebuh Raya Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai hanya menunggu peruntukan sahaja untuk dilaksanakan, kata Menteri Kerja Raya dan Kemudahan, Datuk Abdul Ghani Gilong.

Pakar perunding yang mengkaji kesesuaian projek tersebut telah menyediakan pelan dan reka bentuknya serta menyokong penuh lebuh raya itu yang bermanfaat serta menguntungkan jika dibina kelak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Oktober 1974Gabungan Perfileman Bumiputera Malaysia yang menyatukan 20 buah syarikat perfileman milik bumiputera telah ditubuhkan secara rasminya semalam.
  • 14 Oktober 1975 – Kementerian Perhubungan sedang mengkaji untuk mengubah sistem pengangkutan surat yang menggunakan kereta api ketika ini kepada penggunaan van sepenuhnya tidak lama lagi.
  • 14 Oktober 1977 – Polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan apabila seramai lebih 600 orang pelajar sekolah menyerbu Perpustakaan Tun Razak di Jalan Kelab, Ipoh, Perak secara tiba-tiba.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN