Pelajar SMK Seri Balik Pulau tunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Pelajar SMK Seri Balik Pulau tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Oktober 1974, Utusan Malaysia melaporkan lebih 600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, Balik Pulau, Pulau Pinang melancarkan tunjuk perasaan di hadapan sekolah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan dan perbuatan guru besar sekolah.

Rundingan antara wakil pelajar dengan wakil Jabatan Pelajaran Negeri yang berlangsung selama satu jam setengah menemui jalan buntu dan tidak mendapat kata sepakat antara kedua-dua belah pihak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 Oktober 1971 – Raja Muda Perak memuji semangat keberanian yang ditunjukkan oleh Norlia Bakri, 10, murid Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai yang dikurniakan pingat pahlawan kanak-kanak.
  • 11 Oktober 1972Menara Eiffel, simbol bagi Paris dan Perancis setinggi 1,050 kaki dilaporkan berkarat dan kemungkinan besar terpaksa diruntuhkan.
  • 11 Oktober 1974 – Seramai 2,000 kakitangan Telekom di Selangor menerima bonus berjumlah RM300,000 setelah melancarkan mogok dan berhimpun sejak awal pagi di Jalan Coachrane.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN