Peguam disaran guna Bahasa Malaysia - Utusan Malaysia

Peguam disaran guna Bahasa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik, Hakim Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, hari ini menyeru para peguam dan pengamal undang-undang supaya menggunakan Bahasa Malaysia dalam tugasan baik di luar atau dalam mahkamah.

Katanya, “Pada pendapat saya, soal yang penting dalam pelaksanaan Bahasa Malaysia di mahkamah ialah kepercayaan kepada diri kita sendiri, mahu seribu daya, tak mahu seribu helah“.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 Oktober 1981Sultan Johor mencadangkan supaya Kerajaan Pusat membeli dan mengambil alih pentadbiran Hospital Pakar Johor dan dijadikan hospital wanita dan kanak-kanak.
  • 2 Oktober 1982Ketua Pengarah DBP, Datuk Hassan Ahmad memaklumkan, kedudukan Bahasa Melayu di Nusantara kini sedang terancam dan usaha ke arah mempertahankan dan mengembangkannya perlu diambil segera.
  • 2 Oktober 1983 – Persatuan Negara-Negara Pengeluar Timah yang dianggotai oleh enam buah negara telah sepakat untuk memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabatnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN