Kerajaan bina fakulti perubatan USM di Kelantan - Utusan Malaysia

Kerajaan bina fakulti perubatan USM di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan bersetuju untuk membina sebuah fakulti perubatan bagi Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu, Kelantan seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam di Dewan Rakyat hari ini.

Selaras dengan keputusan ini, kerajaan telah menetapkan supaya pengajian pada peringkat pra-klinikal dimulakan pada sidang akademik 1981/82 di kampus USM, Pulau Pinang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Oktober 1975 – Kapal haji keempat ‘Malaysia Raya‘ bakal memulakan pelayaran dari Butterworth ke Jeddah dengan membawa seramai 1,700 orang jemaah haji.
  • 23 Oktober 1977 – Kementerian Pertanian telah mengarahkan MARDI supaya menjalan penyelidikan terhadap bahan makanan import seperti ubi kentang dan lada sulah supaya dapat ditanam di negara ini.
  • 23 Oktober 1979 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menyerahkan pesawat jenis Sabre FM 1945 kepada Muzium Negeri Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN